Kaedah Bayaran Balik Pinjaman - JomPAY


JomPAY adalah suatu inisiatif nasional yang disokong oleh Bank-Bank di Malaysia untuk mewujudkan satu kaedah pembayaran melalui online dan telefon mudah alih di Malaysia. MyClear, sebuah subsidiari yang dimiliki penuh oleh Bank Negara Malaysia adalah organisasi yang mengendalikan JomPAY.


Melalui JomPAY, anda boleh menikmati kemudahan pembayaran dan simpanan melalui Internet atau perbankan telefon mudah alih dari 42 bank yang terlibat di Malaysia.

Pembayaran tersebut boleh dibuat dari akaun Simpanan biasa atau akaun simpanan semasa anda. Dengan JomPAY, transaksi anda ternyata lebih cepat, selamat dan mudah.


Senarai bank yang terlibat - Klik sini -