Kaedah BayaranBalik Pinjaman

Unit Kutipan Balik ( UKB ) memberi pelbagai kemudahan untuk peminjam membayar balik pinjaman mereka. Berikut adalah kaedah-kaedah bayaran balik pinjaman yang digunakan oleh peminjam :-



  1. BAYARAN TUNAI
  2. KIRIMAN WANG (MO), WANG POS(PO) DAN CEK
  3. BAYARAN MELALUI POTONGAN GAJI
  4. BAYARAN MELALUI PENGELUARAN AKAUN 2 KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA ( KWSP )
  5. BAYARAN MELALUI ATAS TALIAN ( Perbankkan Internet )





Pembayaran Melalui CIMB Bank


Pembayaran boleh dibuat disemua cawangan Cimb Bank Seluruh Negara.  Terdapat dua kaedah bayaran yang ditawarkan oleh Cimb iaitu pembayaran terus dikaunter dan pembayaran melalui akaun CimbCliks ( Online Banking ).



Pembayaran Melalui Kaunter Bank


  1. Sila Gunakan Slip Pembayaran yang disediakan oleh bank.
  2. Masukkan  Nama, no. kad pengenalan dan no. LBNK jika ada.
  3. Bayar kepada LEMBAGA BIAISSWA NEGERI KEDAH.


CimbClicks     [ Contoh ]                                                                          



  1. Pembayaran hanya terbuka kepada pelanggan CimbClick sahaja.
  2. Peminjam perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna CimbClicks di mana pelanggan perlu mempunyai Kad Smart CIMB Bank bagi membolehkan mereka memperolehi PIN CimbClicks Kemudian peminjam perlu melakukan pendaftaran secara online di CimbClicks.
  3. Untuk membuat pembayaran, peminjam perlu akses ke CimbClicks
  4. Kemudian pilih menu  “ Bill Payments“
  5. Pilih payment from - akaun simpanan sendiri
  6. Pelanggan perlu memilih  LBNK di dalam senarai  ‘Payment to’ .
  7. Pilih Payment to -> Full Payee List -> Education -> Lembaga Biasiswa Negeri Kedah
  8. Seterusnya pelanggan perlu memasukkan No Akaun Pinjaman (No LBNK)  di dalam ruangan “No Rujukan” dan no kad pengenalan pada ruang no kad pengenalan.
  9. Simpan salinan slip bayaran untuk rujukan.

      * Turutan pembayaran mungkin berubah mengikut  kaedah semasa cimbclicks


Cara Bayaran Melalui CimbClicks