Tawaran Pinjaman Pelajaran Sesi 2017/2018

Tarikh Permohonan

:

Isnin, 15 Ogos 2017 , 2.30 Petang

Tarikh Tutup

:

Ahad, 17 September 2017

Tarikh Iklan Akhbar

:

11 Ogos 2017

Sinar Harian dan Harian Metro

Tarikh Iklan Dan Paparan

Dalam Portal

:

Ahad, 14 Ogos 2017

 * Tarikh dan maklumat di atas bergantung kepada perubahan.

KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN SESI 2017/2018

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA ANAK-ANAK NEGERI KEDAH DARUL AMAN YANG TELAH DITAWARKAN MENGIKUTI PENGAJIAN SEPENUH MASA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN UNTUK DIPERTIMBANGKAN PINJAMAN PELAJARAN LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH BAGI PERINGKAT-PERINGKAT SEPERTI BERIKUT:


Ijazah Pertama / Diploma di Universiti Awam Tempatan dan

Kolej Universiti INSANIAH (KUIN), Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST), Terengganu Advance Technical Institute (TATI), Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia dan Universiti Industri Selangor (UNISEL).

Sijil / Diploma di Politeknik seluruh Malaysia dan Kolej Komuniti.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN


1. Calon-calon mestilah terdiri daripada Anak Negeri Kedah Darul Aman iaitu :-

Calon dilahirkan di Negeri Kedah Darul Aman

Salah seorang daripada Ibu / Bapa lahir di Negeri Kedah Darul Aman

2. Telah mendapat tawaran belajar SECARA SEPENUH MASA.

3. Pusat pengajian DI DALAM NEGARA SAHAJA.

4. Belum menerima Tajaan Pinjaman Pelajaran / Biasiswa / Penganjur dari mana-mana badan penajaan yang lain. Permohon yang menerima pinjaman lain adalah tidak layak memohon pinjaman ini.

 

CARA-CARA MEMOHON


Permohonan bolehlah dibuat secara atas talian melalui laman sesawang: www.lbnk.gov.my mulai

15 Ogos 2017 , 2.30 Petang hingga 17 September 2017


PERINGATAN

1. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan perkara ini adalah muktamad.

2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas Tiga (3) Bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Unit Pinjaman Pelajaran

di talian 04-774 4464 atau Kaunter UTC-LBNK di talian 04-736 0048.


Emel: pinjaman@lbnk.gov.my


TARIKH TUTUP PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN ADALAH PADA 17 SEPTEMBER 2017


Iklan Pinjaman LBNK

Klik Sini Untuk Mohon