Soalan Lazim


Soalan - Soalan Lazim Berkaitan Unit Pinjaman - FAQ



Permohonan Baru Pinjaman Pelajaran

1

Soalan :

Bagaimanakah cara-cara untuk memohon pinjaman/biasiswa pendidikan Lembaga Biasiswa Negeri Kedah ?


Jawapan :

Bermula dari Jun 2007, Permohonan pinjaman LBNK adalah melalui atas talian (ONLINE).http://www.lbnk.gov.my


2

Pembiayaan Belajar Universiti Di Luar Negara

Soalan :

Adakah Lembaga Biasiswa Negeri Kedah akan membiayai pelajar yang akan menuntut di universiti luar negara?


Jawapan :

Tidak, pinjaman Lembaga Biasiswa Negeri Kedah hanya untuk IPT tempatan sahaja.



Syarat-syarat Pinjaman

3

Soalan :

Apakah syarat-syarat pinjaman pendidikan Lembaga Biasiswa Negeri Kedah?


Jawapan :

Lembaga Biasiswa Negeri Kedah memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang memenuhi syarat-syarat berikut :

  • Anak Negeri Kedah Darul Aman (pemohon dilahirkan di Negeri Kedah) atau; salah seorang Ibu atau Bapa lahir di Negeri Kedah.
  • Mendapat tawaran tempat pengajian DALAM NEGARA SAHAJA.
  • Tidak ada penganjur lain.
  • Pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah pertama secara SEPENUH MASA.
  • Mengikut pengajian di IPT yang ditawarkan pinjaman sahaja.


4

Soalan :

Bapa saya bekerja sendiri dan tidak mempunyai borang J (cukai pendapatan). Apakah yang perlu digunakan untuk dijadikan alternative sebagai surat pengesahan pendapatan?


Jawapan :

Buatkan surat pemakluman pendapatan mengikut format sendiri dan dapatkan pengesahan daripada pegawai yang dibenarkan atau anda boleh menggunakan Borang Pengesahan Pendapatan sebagaimana yang dibekalkan.


5

Pengesahan Pendapatan


Soalan :

Siapakah yang layak untuk memberikan pengesahan terhadap Borang Pengesahan Pendapatan?


Jawapan :

Mana-mana Penghulu/ Penggawa / Pegawai Kerajaan Kumpulan Profesional yang mengenali pelajar terbabit.



Amaun Pinjaman / Kaedah Agihan Wang Pinjaman

6

Soalan :

Berapakah amaun pinjaman pendidikan yang diberikan kepada pelajar?


Jawapan :

Amaun pinjaman pendidikan yang diberikan kepada setiap pelajar di IPTA yang mengikuti pengajian adalah seperti berikut :


 SIJIL – RM 2,500.00 setahun

 DIPLOMA – RM 4,000.00 setahun

 IJAZAH SARJANA MUDA – RM 6,500.00 setahun



7

Soalan :

Sekiranya saya mendapat tempat di UNIMAS atau UMS, adakah saya akan mendapat duit tambahan untuk tiket kapal terbang?


Jawapan :

Tiada peruntukan tambahan yang diberikan.


8

Soalan :

Bagaimanakah wang pinjaman pendidikan dikeluarkan kepada pelajar?

Jawapan :

Wang disalurkan terus ke akaun pelajar. Walau Bagaimanapun ianya tertakluk kepada perubahan.


9

Pendahuluan Diri

Soalan :

Adakah LBNK memberikan sebarang wang pendahuluan diri ?


Jawapan :

Tidak. LBNK tidak menawarkan sebarang wang pendahuluan diri kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran.



Kontrak Pinjaman / Caj Perkhidmatan

10

Soalan :

Sekiranya saya mendapat pinjaman Lembaga Biasiswa Negeri Kedah, adakah saya akan terikat dengan sebarang kontrak untuk bekerja dengan Kerajaan?


Jawapan:

Pihak Lembaga Biasiswa Negeri Kedah tidak mengenakan apa-apa kontrak kepada peminjam untuk berkhidmat dengan Kerajaan.

11

Soalan :

Adakah pinjaman LBNK merupakan pinjaman boleh ubah?

Jawapan :

Tidak, pinjaman LBNK adalah pinjaman tidak boleh ubah. Pelajar harus membayar kesemua pinjaman bersekali dengan caj perkhidmatan 2% atas baki pokok berkurangan.


12

Kadar Caj Perkhidmatan

Soalan :

Adakah pinjaman yang ditawarkan oleh LBNK dikenakan kadar faedah tertentu?

Jawapan :

Semua pinjaman pendidikan LBNK akan dikenakan kos pentadbiran sebanyak 2% setahun ke atas baki berkurangan.


13

Caj Perkhidmatan 2%?

Soalan :

Apakah yang dimaksudkan dengan 2% atas baki berkurangan?


Jawapan :

Kos pentadbiran 2% setahun akan hanya dikenakan ke atas baki pokok pinjaman, bukannya jumlah keseluruhan pinjaman.


14

Pelajar Gagal Meneruskan Pengajian

Soalan :

Sekiranya pelajar gagal / menangguh / mengulang dalam tempoh pengajian, apakah tindakan yang akan diambil oleh LBNK?

Jawapan :

Sekiranya pelajar gagal dalam pelajaran dan tidak sempat menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan, pembayaran untuk semesternya akan diberhentikan dan pelajar dianggap sebagai telah tamat pengajian. Pelajar tersebut dikehendaki membayar keseluruhan jumlah pinjaman yang telah dikeluarkan oleh LBNK kepadanya termasuk 2% kos pentadbiran. Tetapi, sekiranya pelajar tersebut terpaksa mengulang atau menangguhkan pengajian atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan dan telah mendapat kelulusan IPT, pelajar mestilah membuat permohonan secara bertulis kepada LBNK melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT yang berkenaan untuk menangguhkan pembayaran dan menyambung semula pinjaman. Pertimbangan adalah tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengurusan LBNK.


15

Pembayaran Tidak Mengikut Jadual

Soalan :

Sekiranya pelajar tak ingin mengikut jadual bayaran balik pinjaman, dan ingin membayar lebih atau kurang daripada jumlah wang yang sepatutnya, adakah ia dibenarkan?

Jawapan :

LBNK boleh membenarkan pelajar berbuat demikian tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengurusan LBNK. Walau bagaimanapun, jumlah ansuran bulanan mestilah dalam kadar yang tetap. Oleh yang demikian, penjadualan semula pembayaran balik bagi pinjaman akan dilakukan oleh LBNK.