Pembayaran hanya terbuka kepada pelanggan BIMB sahaja.
Peminjam perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna bankislam.biz di mana pelanggan perlu mempunyai Kad Smart BIMB bagi membolehkan mereka memperolehi PIN bankislam.biz. Kemudian peminjam perlu melakukan pendaftaran secara online di bankislam.biz
Untuk membuat pembayaran, peminjam perlu akses ke bankislam.biz
Kemudian pilih menu “ Bill Pay “
Pelanggan perlu memilih LBNK di dalam senarai ‘Service provider’ .
Seterusnya pelanggan perlu memasukkan No Akaun Pinjaman di dalam ruangan “Bill Reference No 1 ”.
Pembayaran hanya terbuka kepada pelanggan CimbClick sahaja.
Peminjam perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna CimbClicks di mana pelanggan perlu mempunyai Kad Smart CIMB Bank bagi membolehkan mereka memperolehi PIN CimbClicks Kemudian peminjam perlu melakukan pendaftaran secara online di CimbClicks
Untuk membuat pembayaran, peminjam perlu akses ke bankislam.biz
Kemudian pilih menu “ Pay Bills“
Pelanggan perlu memilih LBNK di dalam senarai ‘Payment to’ .
Seterusnya pelanggan perlu memasukkan No Akaun Pinjaman (No LBNK) di dalam ruangan “No Rujukan” dan no kad pengenalan pada ruang no kad pengenalan.
KIRIMAN WANG (MO), WANG POS(PO) DAN CEK
Bayaran hendaklah dibuat atas nama Lembaga Biasiswa Negeri Kedah. Sila catatkan :
i) Nama peminjam
ii) Nombor rujukan LBNK
iii) No Kad Pengenalan (baru dan lama)
iv)Alamat terkini (jika ada sebarang pertukaran alamat)
v) No Telefon (Rumah/Bimbit)
- Peminjam boleh muat turun borang potongan gaji. Borang tersebut perlu diisi dalam 3 salinan dan kembalikan kepada LBNK.
- LBNK akan mengeluarkan surat arahan potongan kepada majikan peminjam berdasarkan kepada borang potongan gaji yang dilengkapkan oleh peminjam.
- Sekiranya terdapat perubahan alamat majikan, peminjam boleh terus menghubungi LBNK melalui telefon (04-7744452 / 7744453) atau email : kutipan@lbnk.gov.my.