:: Maklumat Am Lembaga Biasiswa Negeri Kedah ::
:: Maklumat Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM) ::
:: Maklumat Pinjaman Pelajaran Tinggi bagi pelajar-pelajar di IPT tempatan ::
:: Maklumat Kutipan Balik Pinjaman serta cara-cara pembayaran balik pinjaman ::
:: Capaian Borang-borang dan Pautan Laman Web ::
 
KUTIPAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN
 
Pemberian Potongan 25 Peratus

Syarat-syarat Pemberian Diskaun Sebanyak 25% Dan Kreateria Peminjam Yang Layak Menerima Keistimewaan ini

  1. Pemberian diskaun berkuatkuasa daripada 1hb Januari 2010 sehingga 31hb Disember 2010.

  2. Pemberian diskaun dikenakan ke atas keseluruhan baki pinjaman iaitu jumlah pinjaman termasuk caj perkhidmatan.

  3. Peminjam mestilah membuat bayaran balik keseluruhan baki pinjaman secara keseluruhan (lump-sum payment).

  4. Caj Perkhidmatan sebanyak 2% masih lagi dikenakan ke atas baki pinjaman pokok sehingga penyelesaian penuh dilaksanakan.

  5. Keistimewaan ini dibuka kepada kategori Peminjam berikut :
    1. Peminjam yang mempunyai pinjaman tertunggak;
    2. Peminjam yang telah tamat belajar tapi masih belum diwajibkan untuk membuat bayaran balik kerana masih belum sampai ke tempoh bayaran balik yang termaktub di dalam perjanjian.
    3. Peminjam yang tidak mempunyai sebarang tunggakan pinjaman dan mempunyai rekod bayaran yang baik.
    4. Peminjam yang telah meninggal dunia atau hilang keupayaan diri (ILAT), waris atau Penjamin boleh mendapat keistimewaan ini.
    5. Peminjam yang dikategorikan sebagai pelajar cemerlang dan dalam proses menunggu keputusan permohonan penukaran status pinjaman kepada biasiswa.

Nota :  Bagi kategori (d) dan (e), caj perkhidmatan masih lagi berjalan sehingga penyelesaian keseluruhan baki pinjaman tertunggak atau sehingga keputusan permohonan diputuskan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Induk.

  1. Peminjam yang tidak layak menerima keistimewaan ini :
    1. Peminjam yang menolak tawaran LBNK dan telah menerima sebahagian wang pinjaman LBNK serta menerima wang tajaan lain.
    2. Peminjam yang berhenti atau diberhentikan daripada pengajian yang dinyatakan di dalam Perjanjian.
    3. Peminjam yang menolak tawaran LBNK tetapi telah menerima sebahagian daripada jumlah pinjaman dan tidak menerima tajaan lain.
  1. Peminjam dinasihatkan untuk membuat bayaran keseluruhan secara tunai di kaunter LBNK. Namun sekiranya Peminjam ingin membuat bayaran selain daripada kaedah tunai, dipohon supaya Peminjam menghubungi LBNK melalui talian telefon, e-mail atau surat rasmi memaklumkan hasrat Peminjam untuk membuat bayaran keseluruhan jumlah tunggakan. Hal ini supaya LBNK dapat mengenalpasti Peminjam yang membuat bayaran keseluruhan jumlah tunggakan dan dapat mengemaskini status di dalam sistem.

 

 

 
 
 
:: Utama :: Maklumat Am :: Biasiswa :: Pinjaman :: Kutipan Balik :: Capaian :: Soalan Lazim :: Hubungi Kami ::
Lembaga Biasiswa Negeri Kedah © 2010 • Semua Hak Cipta Terpelihara.