|
|||
Peringkat Kebangsaan 2008
KMK Sofast Lbnk telah mewakili Negeri Kedah bagi menyertai Konvensyen KMK peringkat kebangsaan dalam kategori pengurusan yang berlangsung di Sarawak pada 18hb - 19hb November 2008 lalu. Sofast membawa tajuk Mempercepatkan Proses Bayaran Biasiswa Kepada Pelajar sebagai projek dalam konvensyen tersebut. Kmk
Tarikh : 18 - 19 November 2008
Tempat : Crowne Plaza Hotel Kuching, Sarawak
Tema : KMK Pencetus Nilai Inovasi
Program Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) telah diperkenalkan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia pada tahun 1983 atas kesedaran tentang peranan serta sumbangannya di dalam peningkatan kualiti, khususnya dalam penyelesaian masalah/penambahbaikan serta pembinaan semangat berpasukan. Pelaksanaan KMK telah digariskan secara jelas melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 7 Tahun 1991.
Konvensyen KMK Perkhidmatan Awam Kebangsaan merupakan satu acara tahunan bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan galakan dalam pelaksanaan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Sektor Awam. Pada tahun ini Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), JPA sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan majlis yang berprestij ini. Sekiranya pada tahun lepas warga KMK telah berkampung di Tanah Serendah Sekebun Bunga; Negeri Kelantan, pada tahun ini warga KMK berpeluang pula ke Bumi Kenyalang; Negeri Sarawak. Pihak penganjur merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Jabatan Ketua Menteri Sarawak yang telah sudi menjadi penganjur bersama.
Sebanyak 28 pemenang Konvensyen KMK Peringkat Negeri (14 buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan) dari Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal akan mengambil bahagian dalam Konvensyen KMK Kebangsaan pada tahun ini. Kumpulan-kumpulan ini berpeluang merebut 3 Anugerah utama iaitu Anugerah Ketua Setiausaha Negara, Anugerah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Anugerah Ketua Pengarah MAMPU. Di samping itu Anugerah Fasilitator Terbaik turut disediakan. Konvensyen KMK Peringkat Negeri dimulakan dengan Negeri Kedah pada 9 – 10 Jun 2008. Maklumat Konvensyen KMK Negeri 2008 adalah sebagaimana berikut (tertakluk kepada pindaan oleh negeri):
1. KEDAH : 9 - 10 JUN 2008
2. NEGERI SEMBILAN : 11 - 12 JUN 2008
3. SARAWAK : 24 - 25 JUN 2008
4. TERENGGANU : 7 JULAI 2008
5. PULAU PINANG : 8 JULAI 2008
6. KELANTAN : 9 -10 JULAI 2008
7. MELAKA : 16 -17 JULAI 2008
8. JOHOR : 21 - 22 JULAI 2008
9. PAHANG : 22 - 24 JULAI 2008
10. PERAK : 24 - 25 JULAI 2008
11. WILAYAH PERSEKUTUAN : 24 - 25 JULAI 2008
12. SABAH : 28 - 29 JULAI 2008
13. PERLIS : 5 OGOS 2008
14. SELANGOR : 4 - 5 OGOS 2008
Konvensyen KMK Perkhidmatan Awam Kebangsaan akan berlangsung selama 2 hari di mana perasmian akan dilakukan pada hari pertama oleh Ketua Menteri Sarawak dengan diiringi oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia (KPPA), Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ketua Pengarah MAMPU dan Pengarah INTAN. Acara penyampaian anugerah kepada pemenang-pemenang KMK akan dilangsungkan semasa majlis jamuan makan malam pada hari kedua konvensyen oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), dengan diiringi oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia (KPPA), Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ketua Pengarah MAMPU dan Pengarah INTAN.
INTAN selaku urus setia utama Konvensyen KMK Perkhidmatan Awam Kebangsaan mengucapkan selamat bertanding kepada warga KMK.( SUMBER : INTAN )