ARAHAN DAN PANDUAN MENERIMA PINJAMAN PELAJARAN

                                LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH

 

 

 

     

  1. SILA BACA DENGAN TELITI SEBELUM MENGISI :-

     

    1. Borang Maklumat Peminjam
    2. Borang Maklumat Penjamin
    3. Borang Maklumat Saksi
    4. Perjanjian Pinjaman

     

     

  1. MAKLUMAT PEMINJAM

     

a)       Peminjam yang berjaya ditawarkan pinjaman dan menerima tawaran ini perlu mengisi maklumat akaun bank untuk tujuan pembayaran wang pinjaman

b)       Akaun yang perlu dibuka ialah akaun CIMB sahaja.  Lain-lain akaun selain CIMB tidaka akan diterima.
Pastikan akaun yang dibuka Hanya akaun CIMB KONVENSIONAL sahaja yang dibenarkan dan BUKANNYA AKAUN CIMB ISLAMIC.

c)       Wang pinjaman akan disalurkan secara terus ke dalam akaun peminjam

d)       Sila pastikan nombor akaun yang diberikan adalah betul dan sila sertakan salinan hadapan buku akaun anda untuk rujukan.

e)       Hanya pen berdakwat hitam sahaja yang dibenarkan dalam pengisian maklumat pada setiap dokumen.

f) Penggunaan cecair pemadam (liquid paper) adalah tidak dibenarkan.

     

     

  1. MAKLUMAT PENJAMIN

     

a)       Setelah tuan/ puan bersetuju menerima tawaran ini, tuan / puan perlu mendapatkan dua orang Penjamin

b)       Isikan maklumat / butir-butir mengenai kedua-dua penjamin secara online melalui laman web LBNK.  Setelah lengkap diisi, sila cetak borang maklumat penjamin untuk ditandatangani oleh kedua-dua penjamin.

c)       Penjamin pertama dan Penjamin kedua hendaklah menandatangani Surat Perjanjian yang dicetak melalui laman web LBNK di hadapan saksi yang berkelayakan.

     

3.1                Kelayakan Penjamin

i)         Kedua-dua Penjamin mestilah Warganegara Malaysia.

ii)    Penjamin mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dengan hitung panjang jumlah pendapatannya  mestilah tidak kurang daripada RM 750.00 sebulan dan berumur tidak lebih daripada 45 tahun dan boleh terdiri daripada sesiapa sahaja kecuali anggota TENTERA DAN POLIS.

iii)      Penjamin PERTAMA dan penjamin KEDUA hendaklah dua orang yang berlainan.

iv)   PENJAMIN BOLEH terdiri daripada IBU ATAU BAPA PEMINJAM tanpa sekatan had umur, pendapatan dan pekerjaan (sekiranya ibu atau/dan bapa peminjam menjadi penjamin, syarat sekatan had umur, pendapatan dan pekerjaan seperti di para ( ii ) adalah dikecualikan.

iv)      Bagi penjamin yang tidak boleh menandatangani perjanjian mereka dibenarkan menurunkan cap jari di hadapan saksi.

v)        Kedua-dua penjamin dikehendaki menandatangani borang maklumat penjamin dan Surat Perjanjian pinjaman  (rujuk Perkara 14 Bil. 2 dan 3 panduan ini ) sebelum dihantar kepada pentadbiran ini.

vi)      Penjamin-penjamin yang telah bersetuju menandatangani perjanjian tidak boleh menarik diri.

vii) Hanya pen berdakwat HITAM sahaja yang dibenarkan dan penggunaan cecair pemadam (liquid paper) adalah tidak dibenarkan..

     

  1. MAKLUMAT SAKSI

     

Sila cetak borang maklumat saksi di laman web LBNK untuk diisi dan ditandatangani oleh saksi.  Maklumat saksi tidak perlu diisi secara on-line sebaliknya hendaklah diisi sendiri oleh saksi.

     

4.1          Kelayakan Saksi

a.       Saksi-saksi yang berkelayakan bermaksud mereka hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat seperti berikut :-

     

i.         Penghulu/JKKK yang mempunyai Cop Jawatan Rasmi dan dilantik oleh pihak kerajaan

ii.        Semua Pegawai-pegawai kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan yang setaraf dengannya yang mempunyai cop rasmi seperti Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah, Penolong Setiausaha Kerajaan, Penolong Pengarah dan sebagainya.

iii.      Pegawai-pegawai dalam perkhidmatan  perundangan dan kehakiman (JABATAN KERAJAAN) seperti Majistret, peguam dan sebagainya.

iv.       Wakil Rakyat

v.        Jaksa Pendamai

vi.       Pengetua / Guru Besar  Sekolah Kerajaan

     

b.       Saksi bagi pelajar dan penjamin tidak dibenarkan dari pegawai-pegawai daripada Badan Swasta.

c.       Borang Maklumat Saksi dan Perjanjian Pinjaman hendaklah dicop dengan cop rasmi jawatan dan jabatan saksi.

d.       Saksi tidak boleh menjadi penjamin bagi satu borang perjanjian yang sama.

e.       Seorang saksi boleh menjadi saksi untuk pelajar dan kedua-dua penjaminnya.

f. Hanya pen berdakwat HITAM sahaja yang dibenarkan.

     

     

  1. PANDUAN PENYERAHAN PERJANJIAN PINJAMAN

    

a)       Setelah semua maklumat diisi, Perjanjian Pinjaman boleh dicapai dan perlu dicetak dalam 4 salinan melalui laman web LBNK.

b)       Tiap-tiap salinan perlu ditandatangani oleh peminjam (pelajar), kedua-dua orang penjamin dan saksi (tandatangan  individu berkaitan hendaklah tandatangan yang asli)

c) Hanya pen berdakwat HITAM sahaja dibenarkan dalam pengisian maklumat perjanjian dan juga semua tandatangan. kegagalan berbuat demikian menyebabkan perjanjian anda ditolak.

d) Penggunaa cecair pemadam (luquid paper) adalah tidak dibenarkan.

     

     

5.1    Cukai Setem Hasil

a)       Apabila Perjanjian Pinjaman itu telah selesai / sempurna, pelajar-pelajar hendaklah menguruskan sendiri cukai setemnya bernilai RM 10.00 bagi setiap salinan  surat perjanjian ( RM 40.00 untuk 4 salinan -  setem hendaklah diremitkan pada penjuru atas sebelah kanan muka surat pertama Perjanjian Pinjaman ) tersebut di Pejabat Daerah atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk diremitkan ( cop rubber stamp ).

     

b)       Sebelum membayar cukai setem di setiap salinan pertama (4 salinan) perjanjian, tuan / puan mestilah memastikan semua butir dalam perjanjian adalah betul. Sebarang kesilapan / pembetulan yang dikenalpasti selepas mencetak surat perjanjian tersebut hendaklah dibuat semula di laman web LBNK.  SEBARANG PEMBETULAN DI ATAS SURAT PERJANJIAN YANG TELAH DICETAK TIDAK AKAN DITERIMA DAN PERJANJIAN TERSEBUT TIDAK AKAN TERPAKAI DENGAN SENDIRINYA.

     

c)       Pihak Lembaga tidak bertanggungjawab di atas kerugian tuan / puan kerana bayaran cukai setem hasil di atas surat perjanjian yang rosak atau kotor yang tidak diterima oleh Lembaga.

     

d)       Perjanjian Pinjaman yang telah lengkap diisi dan ditandatangani dan diremitkan setem RM 10.00 sekeping hendaklah dikembalikan ke Lembaga ini tidak lewat daripada     02-Nov-2008 

     

     


5.2    Pengembalian Borang Maklumat Peminjam, Penjamin, Saksi Dan Perjanjian Pinjaman

     

a)             Borang Maklumat Peminjam, Penjamin, Saksi dan Perjanjian Perjanjian ( 4 salinan ) yang telah lengkap, sempurna diisi dan diremitkan setem di Pejabat Cukai Setem, hendaklah dikembalikan secepat mungkin kepada Pengarah, Lembaga Biasiswa Negeri Kedah Darul Aman, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman,  05503 Alor Star, Kedah Darul Aman.

b)             SELEWAT-LEWATNYA PADA  02-Nov-2008   Sebarang kelewatan tidak akan dilayan.

     

     

     


6.       PEMULANGAN PERJANJIAN KEPADA PENUNTUT DAN PENJAMIN.

     

Setelah Lembaga ini mengambil tindakan ke atas surat-surat perjanjian itu, Lembaga ini akan memulangkan 3 salinan surat perjanjian itu kepada pelajar ( satu salinan ) dan kepada kedua-dua penjamin (satu salinan tiap seorang) untuk simpanan dan rujukan.

     

     

7.       ALAMAT DAN PERTUKARAN ALAMAT.

     

Alamat kuarters TIDAK BOLEH diguna pakai sebagai alamat tetap.  Sebarang pertukaran alamat pelajar dan penjamin-penjamin hendaklah dimaklumkan kepada Lembaga ini dengan segera dari masa ke semasa.

     

     

8.       CARA-CARA PEMBAYARAN.

     

a)  Pinjaman pelajaran ini akan dibayar oleh Lembaga terus ke akaun pelajar.

     

b)  Hanya akaun CIMB sahaja yang diterima oleh LEMBAGA ini untuk pembayaran wang pinjaman kepada pelajar.   

     Bank lain selain CIMB tidak akan diterima.

     

     

12.  HAK LEMBAGA

     

Lembaga mempunyai hak untuk menambah, memansuh, mengubah atau meminda sebarang Syarat dan Peraturan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pemberitahuan dan pelajar tertakluk kepada pindaan tersebut. Lembaga juga berhak menarik balik pinjaman ini tanpa memberikan sebarang sebab.

     

     

13.  PENOLAKAN BALIK PEMBAYARAN

     

a)       Peminjam yang telah menerima pinjaman LBNK masih boleh memutuskan untuk membatalkan / menolak pinjaman tersebut sebelum tamat tempoh pengajian.

     

b)       Pembatalan / penolakan ini perlu dimaklumkan dengan segera kepada pihak LBNK dan peminjam perlu membayara balik pinjaman yang telah diterima sebelum penolakan tersebut diluluskan.

     

     

14.          SENARAI BORANG / SURAT YANG PERLU DIKEMBALIKAN KE LEMBAGA INI

     

 

     

1.                   Borang Maklumat  Peminjam yang telah ditandatangani

     

2.                   Borang Maklumat  Penjamin yang telah ditandatangani

     

3.                   Borang Maklumat  Saksi yang telah ditandatangani

     

4.                   Surat Perjanjian Pinjaman  ( 4 salinan  ) yang telah ditandatangani dan diremitkan setem

     

5.                   Salinan Kad Pengenalan dan penyata gai / perakuan pendapatan kedua-dua penjamin

     

     

     

     

     

PENGARAH

LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Pejabat Setiausaha Kerajaan  Negeri Kedah Darul Aman

Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman,

05503 Alor Star, Kedah Darul Aman

     

Tel : 04-7007290 /  7291 ,  Fax : 04-7007017

     

www.lbnk.gov.my