:: Maklumat Am Lembaga Biasiswa Negeri Kedah ::
:: Maklumat Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM) ::
:: Maklumat Pinjaman Pelajaran Tinggi bagi pelajar-pelajar di IPT tempatan ::
:: Maklumat Kutipan Balik Pinjaman serta cara-cara pembayaran balik pinjaman ::
:: Capaian Borang-borang dan Pautan Laman Web ::
 
Visi
Menjadi Sebuah Agensi Pengurusan Dana Bantuan Pendidikan Yang Terunggul Di Malaysia.

 

Misi
Memberi Bantuan Pendidikan kepada Anak-Anak Negeri Kedah Dalam Bentuk Pinjaman Kepada Penuntut IPT Serta Biasiswa Kepada Pelajar Sekolah Menengah Dengan Cekap dan Berkesan.
Matlamat

Lembaga Biasiswa Negeri Kedah menetapkan matlamat yang akan dicapai iaitu :

  • Membantu melahirkan pelajar-pelajar yang berwawasan, bermotivasi, berdisiplin, dan mempunyai kemahiran daya saing yang tinggi.

  • Mewujudkan budaya kerja yang cemerlang di kalangan pegawai dan staf LBNK yang berteraskan nilai-nilai yang murni.

  • Memberi perkhidmatan yang teratur dan efisien bagi menjamin kelancaran bantuan kepada para pelajar.

  • Memberi bantuan kepada pelajar yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian di IPT.

 

Dasar Kualiti
Matlamat yang akan dicapai dipengaruhi oleh beberapa objektif dasar yang telah ditetapkan iaitu :
  • Menjadi pusat kecemerlangan dan inspirasi kepada pelajar-pelajar.

  • Menekankan kepada pendekatan pengurusan kualiti menyeluruh untuk semua urusan pada setiap masa. Penambahbaikan berterusan ke atas semua perkhidmatan dan program yang dijalankan.

  • Menampilkan budaya mesra pelanggan dan khidmat runding ke tahap profesionalisme yang tinggi.

 

 
:: Utama :: Maklumat Am :: Biasiswa :: Pinjaman :: Kutipan Balik :: Capaian :: Soalan Lazim :: Hubungi Kami ::
Lembaga Biasiswa Negeri Kedah © 2008 • Semua Hak Cipta Terpelihara