Tidak. Pinjaman pengajian tinggi LBNK adalah berbentuk pinjaman dan bukannya biasiswa. Peminjam dikehendaki membayar balik pinjaman tersebut setelah tamat pengajian seperti mana yang dinyatakan dalam perjanjian.
2. Selain permohonan secara Online adakah cara lain untuk memohon ?
Tiada. Online sahaja.
3. Saya sedang mengikuti pengajian separuh masa " part time ". adakah saya boleh memohon?
Tidak boleh. Syarat permohonan pinjaman adalah pelajar perlulah mengikuti pengajian sepenuh masa " fulltime " .
4. Saya merupakan pelajar pada tahun kedua tetapi masih tiada penaja. Adakah saya boleh memohon?
Boleh. Dengan syarat tempoh pengajian lebih dari setahun dari tarikh 1.7.2009.
5. Bolehkah saya memohon pinjaman LBNK , PTPTN atau mana-mana pemberi bantuan pada masa yang sama?
Boleh. Tetapi jika berjaya , sila pilih salah satu sahaja.
6. Jika saya terlewat menyemak keputusan dari tarikh yang sepatutnya, adakah permohonan akan terbatal.
Ya. Walaupun anda telah berjaya dalam permohonan tersebut.
7. Jika saya tidak berjaya. bolehkah saya membuat rayuan?
Boleh. Tempoh rayuan akan dibuka selepas tarikh semakan keputusan. sila pastikan anda tidak terlepas tarikh tersebut.
8. Jika pusat pengajian saya tidak tersenarai. Adakah saya layak Memohon. ?
Tidak layak. Syarat untuk memohon adalah pelajar perlulah mengikuti pengajian yang ditaja oleh pihak LBNK sahaja.
9. Saya merupakan pemegang PTPTN untuk pengajian saya sekarang. Bolehkah saya memohon pinjaman LBNk kerana PTPTN saya telah disekat untuk semester akan datang.?
Tidak boleh. Syarat permohonan pinjaman ialah pemohon tidak ada penaja lain. satu penaja sahaja dalam satu sesi pengajian.
10. Jika bapa / waris saya tiada slip gaji. Bagaimana?
Jika ibu/bapa/waris/penjaga tiada slip gaji/pendapatan, pemohon perlulah membuat pengesahan pendapatan dan ditandatangai oleh pegawai yang layak ataupun penghulu mukim berkenaan.