tr> tr>
Muat Turun Iklan [ Pdf ] [ Word ]

 

TERMA DAN SYARAT

PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN
LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH

  1. Tawaran Permohonan Pinjaman Pelajaran Sesi 2009/2010 oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman melalui Lembaga Biasiswa Negeri Kedah dibuka mulai 15 Jun 2009 hingga 16 Julai 2009.
  2. Pemohon mestilah :-
  • Dilahirkan di Negeri Kedah atau
  • Salah seorang daripada ibu / bapa pemohon lahir di Negeri Kedah.
  • Telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam Negara di mana-mana universiti dibawah tajaan LBNK  ( Senarai IPT Tajaan ).
  • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
  • Belum menerima mana-mana tajaan Pinjaman / Biasiswa / Penganjur daripada badan-badan tajaan yang lain.
  1. Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui laman web LBNK di alamat  www.lbnk.gov.my 
  1. Pemohon perlu mencetak dan menghantar Pengesahan Permohonan & Kad Jawapan berserta setem bernilai 30 sen selepas selesai mengisi permohonan di laman web LBNK bersama-sama dokumen yang disenaraikan ke pentadbiran ini :-
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Sijil Beranak pemohon
  • Salinan Sijil Beranak Ibu atau Bapa JIKA pemohon tidak dilahirkan di Negeri Kedah
  • Salinan sijil-sijil SPM/Diploma/Ijazah Pertama/Ijazah Sarjana
  • Salinan surat berhenti sekolah
  • Salinan SURAT TAWARAN masuk dari Pusat Pengajian berkenaan
  • Segala dokumen yang disertakan perlulah disahkan terlebih dahulu oleh pegawai-pegawai yang layak.
  1. Pengesahan Permohonan dan dokumen-dokumen di atas hendaklah sampai ke pentadbiran ini sebelum
    16 JULAI 2009

ke alamat seperti di bawah :-

PENGARAH
LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH DARUL AMAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI
ARAS 2, BLOK C, WISMA DARUL AMAN
05503 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
      NO. TEL: 04-7744451 , 04-7744452 , 04-7744453 , 04-7744454

  1. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan diproses.

 

Muat Turun Iklan [ Pdf ] [ Word ]

 

 

 

Lembaga Biasiswa Negeri Kedah © 2009 • All rights reserved