TERMA DAN SYARAT
PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN
LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH
- .Tawaran Permohonan Pinjaman Pelajaran Sesi 2008 / 2009 oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman melalui Lembaga Biasiswa Negeri Kedah dibuka mulai 15 Jun 2008 hingga 15 Julai 2008.
- Pemohon mestilah :-
- Dilahirkan di Negeri Kedah atau
- Salah seorang daripada ibu / bapa pemohon lahir di Negeri Kedah
- Telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di dalam Negara di mana-mana universiti dibawah tajaan LBNK ( Senarai IPT Tajaan )
- Mengikuti pengajian secara sepenuh masa
- Belum menerima mana-mana tajaan Pinjaman / Biasiswa / Penganjur daripada badan-badan tajaan yang lain
- Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui laman web LBNK di alamat www.lbnk.gov.my
- Pemohon perlu mencetak Pengesahan Permohonan selepas selesai mengisi permohonan di laman web LBNK dan menghantar Pengesahan Permohonan tersebut ke Lembaga Biasiswa Negeri Kedah bersama dokumen-dokumen berikut :-
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Sijil Beranak pemohon
- Salinan Sijil Beranak Ibu atau Bapa JIKA pemohon tidak dilahirkan di Negeri Kedah
- Salinan sijil-sijil SPM/Diploma/Ijazah Pertama/Ijazah Sarjana
- Salinan surat berhenti sekolah
- Salinan SURAT TAWARAN masuk dari Pusat Pengajian berkenaan
- Segala dokumen yang disertakan perlulah disahkan terlebih dahulu oleh pegawai-pegawai yang layak.
- Pengesahan Permohonan dan dokumen-dokumen di atas hendaklah sampai.ke Lembaga ini sebelum 15 JULAI 2008 ke alamat seperti di bawah :-
PENGARAH
LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH DARUL AMAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI
ARAS 2, BLOK C, WISMA DARUL AMAN
05503 ALOR STAR
KEDAH DARUL AMAN
NO. TEL: 04-7007290 , FAX 04-7007017
- Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan dilayan
- Permohonan hendaklah dikemukakan mulai 15 JUN 2008 dan sebarang dokumen yang perlu dihantar hendaklah sampai ke Lembaga ini sebelum atau pada 15 JULAI 2008. Sebarang permohonan dan penghantaran dokumen selepas.tarikh tersebut tidak akan diproses.
|