:: Maklumat Am Lembaga Biasiswa Negeri Kedah ::
:: Maklumat Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM) ::
:: Maklumat Pinjaman Pelajaran Tinggi bagi pelajar-pelajar di IPT tempatan ::
:: Maklumat Kutipan Balik Pinjaman serta cara-cara pembayaran balik pinjaman ::
:: Capaian Borang-borang dan Pautan Laman Web ::
 
Soalan-soalan Lazim
 

 

Cara Memohon

Soalan :

Bagaimanakah cara-cara untuk memohon pinjaman/biasiswa pendidikan Lembaga Biasiswa Negeri Kedah ?

Jawapan :

i)Bermula dari Jun 2007, Permohonan pinjaman LBNK adalah melalui atas talian (ONLINE). http://www.lbnk.gov.my

Back To Top 

Syarat-syarat Pinjaman

Soalan :

Apakah syarat-syarat pinjaman pendidikan Lembaga Biasiswa Negeri Kedah ?

Jawapan :

Lembaga Biasiswa Negeri Kedah memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Anak Negeri Kedah Darul Aman (pemohon dilahirkan di Negeri Kedah) atau ; salah seorang Ibu atau Bapa lahir di Negeri Kedah.

  • Mendapat tawaran tempat pengajian DALAM NEGARA SAHAJA.

  • Tidak ada penganjur lain.

  • Pengajian peringkat sijil, diploma, ijazah pertama , sarjana dan Phd. secara SEPENUH MASA.

  • Mengikuti pengajian di IPT yang ditawarkan pinjaman sahaja.

Back To Top 


Pengesahan Pendapatan

1) Soalan :

Bapa saya bekerja sendiri dan tidak mempunyai borang J (cukai pendapatan). Apakah yang perlu digunakan untuk dijadikan alternatif sebagai surat pengesahan pendapatan?

Jawapan :

Buatkan surat pemakluman pendapatan mengikut format sendiri dan dapatkan pengesahan daripada pegawai yang dibenarkan atau kamu boleh menggunakan Borang Pengesahan Pendapatan sebagaimana yang dibekalkan.

2) Soalan :

Siapakah yang layak untuk memberi pengesahan terhadap Borang Pengesahan Pendapatan?

Jawapan :

Mana-mana Penghulu/Penggawa / Pegawai Kerajaan Kumpulan Profesional yang mengenali pelajar terbabit.

Back To Top


Amaun Pinjaman

Soalan :

Berapakah amaun pinjaman pendidikan yang diberikan kepada pelajar?

Jawapan :

Amaun pinjaman pendidikan yang diberikan kepada setiap pelajar di IPTA yang mengikuti pengajian adalah seperti berikut :

• SIJIL - RM 2000.00 setahun
• DIPLOMA - RM 3000.00 setahun
• IJAZAH SARJANA MUDA - RM 5000.00 setahun
• SARJANA - RM 6,000.00 setahun
• SARJANA - RM 7,500.00 setahun

Soalan :

Sekiranya saya mendapat tempat di UNIMAS atau UMS, adakah saya akan mendapat duit tambahan untuk tiket kapalterbang?

Jawapan :

Tiada peruntukan tambahan yang diberikan.

Back To Top 

Kontrak Pinjaman

Soalan :

Sekiranya saya mendapat pinjaman Lembaga Biasiswa Negeri Kedah, adakah saya akan terikat dengan sebarang kontrak untuk bekerja dengan Kerajaan?

Jawapan :

Pihak Lembaga Biasiswa Negeri Kedah tidak mengenakan apa-apa kontrak kepada peminjam untuk berkhidmat dengan Kerajaan

Back To Top 


Pembiayaan Belajar Universiti Di Luar Negara


Soalan :

Adakah Lembaga Biasiswa Negeri Kedah akan membiayai pelajar yang akan menuntut di universit luar negara?

Jawapan :

Tidak, pinjaman Lembaga Biasiswa Negeri Kedah hanya untuk IPT tempatan sahaja.

Back To Top 


Kaedah Agihan Wang Pinjaman

Soalan :

Bagaimanakah wang pinjaman pendidikan dikeluarkan kepada pelajar?

Jawapan :

Wang disalurkan ke akaun pelajar.

Back To Top


Bayaran Balik Pinjaman

Soalan :

Bagaimanakah caranya untuk membayar balik pinjaman pendidikan LBNK?

Jawapan :

Bayaran balik pinjaman boleh dibuat melalui cara berikut atau cara-cara lain atas persetujuan LBNK:-

  • Tunai

Bayaran boleh dibuat di kaunter bayaran LBNK.

Lembaga Biasiswa Negeri Kedah,
Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman,
Alor Star, Kedah.

  • Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bankislam

Pembayaran boleh dibuat melalui Kaunter Bayaran Bank Islam dan pembayaran melalui laman web BIMB

  • CIMB Bank CIMB
  • Pembayaran boleh dibuat melalui laman web CIMBCLICKS. untuk pemegang akaun cimbclicks sahaja.
  • Pembayaran melalui Laman Web LBNK.

Pembayaran balik boleh dibuat melalui laman web LBNK mulai 1 Mei 2006.

  • Kiriman Wang (MO), Wang Pos (PO) dan Cek

Bayaran hendaklah dibuat atas nama Lembaga Biasiswa Negeri Kedah. Sila catatkan :

i) Nama peminjam
ii) Nombor rujukan LBNK
iii) No Kad Pengenalan (baru dan lama)
iv)Alamat terkini (jika ada sebarang pertukaran alamat)
v) No Telefon (Rumah/Bimbit)

di belakang MO/PO/Cek tersebut.

Pemnjam juga boleh muat turun Borang bayaran balik pinjaman bagi memudahkan proses pembayaran.

  • Potongan gaji.

- Peminjam boleh muat turun borang potongan gaji. Borang tersebut perlu diisi dalam 3 salinan dan kembalikan kepada LBNK.
- LBNK akan mengeluarkan surat arahan potongan kepada majikan peminjam berdasarkan kepada borang potongan gaji yang dilengkapkan oleh peminjam.
- Sekiranya terdapat perubahan alamat majikan, peminjam boleh terus menghubungi LBNK melalui telefon (04-7007456 / 7007457) atau email : kutipan@lbnk.gov.my.

 

Back To Top

Pinjaman Boleh Ubah

Soalan :


Adakah pinjaman LBNK merupakan pinjaman boleh ubah?

Jawapan :
Tidak, pinjaman LBNK adalah pinjaman tidak boleh ubah. Pelajar harus membayar kesemua pinjaman bersekali dengan caj perkhidmatan 2% atas baki berkurangan.

Back To Top


Kadar Caj Perkhidmatan


Soalan :

Adakah pinjaman yang ditawarkan oleh LBNK dikenakan kadar faedah?

Jawapan :


Semua pinjaman pendidikan LBNK akan dikenakan kos pentadbiran sebanyak 2% setahun keatas baki berkurangan.

Back To Top


Caj Perkhidmatan 2%?


Soalan :
Apakah yang dimaksudkan dengan 2% atas baki berkurangan?

Jawapan :


Kos pentadbiran 2% setahun akan hanya dikenakan keatas baki pinjaman, bukannya jumlah keseluruhan pinjaman.

Back To Top


Pembayaran Tidak Mengikut Jadual


Soalan :


Sekiranya pelajar tak ingin mengikut jadual bayaran balik pinjaman, dan ingin membayar lebih atau kurang daripada jumlah yang sepatutnya, adakah ia dibenarkan?

Jawapan :


LBNK boleh membenarkan pelajar berbuat demikian tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengurusan LBNK. Walau bagaimanapun, jumlah ansuran bulanan mestilah dalam kadar yang tetap. Oleh yang demikian, penjadualan semula pembayaran balik pinjaman akan dilakukan oleh LBNK.

Back To Top

Pelajar Gagal Meneruskan Pengajian

Soalan :

Sekiranya pelajar gagal / menangguh / mengulang dalam tempoh pengajian, apakah tindakan yang akan diambil oleh LBNK?

Jawapan :

Sekiranya pelajar gagal dalam pelajaran dan tidak sempat menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan, pembayaran untuk semester seterusnya akan diberhentikan dan pelajar dianggap sebagai telah tamat pengajian. Pelajar tersebut dikehendaki membayar keseluruhan jumlah pinjaman yang telah dikeluarkan oleh LBNK kepadanya termasuk 2% kos pentadbiran. Tetapi, sekiranya pelajar tersebut terpaksa mengulang atau menangguhkan pengajian atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan dan telah mendapat kelulusan IPT, pelajar mestilah membuat permohonan secara bertulis kepada LBNK melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT yang berken aan untuk menangguhkan pembayaran dan menyambung semula pinjaman. Pertimbangan adalah tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengurusan LBNK.

Back To Top

Pendahuluan Diri

Soalan :

Adakah LBNK memberi sebarang wang pendahuluan diri?

Jawapan :

Tidak, LBNK tidak menawarkan sebarang wang pendahuluan diri kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran.

Back To Top

 

:: Utama :: Maklumat Am :: Biasiswa :: Pinjaman :: Kutipan Balik :: Capaian :: Soalan Lazim :: Hubungi Kami ::
Lembaga Biasiswa Negeri Kedah © 2006 • Semua Hak Cipta Terpelihara