PENGUMUMAN



Kepada pelanggan yang dihormati,

 

Mesyuarat Jawatankuasa Induk LBNK Bil 1/2019 bertarikh 19 November 2019 telah memutuskan supaya Lembaga Biasiswa Negeri Kedah distruktur semula dan diberi penjenamaan baru yang dikenali sebagai Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Rang Undang-undang Kumpulan Wang Dermasiswa Negeri Kedah (Pemansuhan) 2020 telah dibentang dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kedah pada 26 Ogos 2020 bagi maksud berkenaan.

 

Sehubungan dengan itu, mulai 1 Oktober 2020, bayaran balik pinjaman boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut:


Pihak pentadbiran ini memohon maaf di atas segala kesulitan tersebut. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amat dihargai. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pentadbiran ini di talian 04-7027283/ 04-702 7286



 

Setiausaha Bahagian

Pengurusan Sumber Manusia

(Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah)

Tarikh : 27 September 2020


SEKSYEN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

ARAS 2, BLOK C,

WISMA DARULAMAN

05503 ALOR SETAR KEDAH D.A

TEL: (+604) 702 7284

UTC : (+604) 7360048

FAX: (+604) 702 8600

E-MEL : SPPNK@KEDAH.GOV.MY