Berita Terkini


Tiada Paparan Berita Buat Masa Ini



JPN sediakan laporan kerosakan peralatan sekolah akibat banjir


06 Januari 2018 3:42 PM

PADANG TERAP 6 Jan. -Kementerian Pendidikan mengarahkan semua jabatan pendidikan negeri (JPN) menyediakan laporan lengkap mengenai kerosakan peralatan sekolah terutamanya buku teks akibat banjir dengan kadar segera.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya menerima laporan sebanyak 34 sekolah rendah ditutup dan 31 sekolah dijadikan pusat pemindahan berikutan banjir yang melanda baru-baru di empat negeri.

“Empat negeri yang terjejas ialah Pahang sebanyak 27 sekolah, Terengganu (5), Johor (2) dan Sarawak yang melibatkan keseluruhan jumlah seramai 7,406 murid.

“Arahan sudah dikeluarkan bagi mengetahui berapa banyak kerosakan seperti kerusi dan meja namun paling utama ialah buku teks bagi membolehkan tindakan segera dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di selepas menghadiri perjumpaan dengan Ahli Jawatankuasa Pelawat dan melawat Unit Homodialisis Hospital Kuala Nerang di sini hari ini.

Menurutnya, hal berkaitan penggantian barangan yang rosak akibat banjir seperti buku teks boleh disegerakan tanpa perlu menunggu keadaan reda dan kembali pulih.

“Banjir adalah situasi darurat maka apabila kita sudah menerima laporan lengkap, langkah pembaikan dan penggantian barang yang rosak dapat disegerakan dengan menghantar kontraktor sekali gus pembelajaran tidak terganggu,” katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh:

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/jpn-sediakan-laporan-kerosakan-peralatan-sekolah-akibat-banjir-1.585656

© Utusan Melayu (M) Bhd

PTPTN kerjasama dengan KPT dalam isu IPTS tidak telus - Shamsul

05 Januari 2018

Shamsul berkata, bagi PTPTN, sewajarnyalah IPTS mesti lebih telus dalam menguruskan perihal pelajar. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) perlu lebih telus dan tidak menyeleweng dalam menguruskan pinjaman pelajar mereka sendiri.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan mengikut kuasa yang diperuntukkan jika menerima laporan rasmi berkaitan kes penyelewengan.

"Secara rasmi, PTPTN tidak menerima aduan daripada pelajar berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sidang media mengenai isu IPTS perdaya pelajar.

"Namun demikian, kita pandang serius isu ini dan akan mengambil tindakan lanjut sesuai dengan bidang kuasa mengikut akta dan peraturan yang kita ada.

"Bagi PTPTN, sewajarnyalah IPTS mesti lebih telus dalam menguruskan perihal pelajar," katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Khamis.


Sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ptptn-kerjasama-dengan-kpt-dalam-isu-ipts-tidak-telus-shamsul-164777

Berita Terkini [2018][2017]