ALOR SETAR 14 Feb. – Penganjuran Ekspo Muafakat Kedah yang bakal berlangsung selama lapan hari bermula 24 Februari ini merupakan platform kepada orang ramai khususnya rakyat di negeri ini untuk menyaksikan pembangunan yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, penganjuran ekspo tersebut bagi memberi peluang kepada rakyat Kedah melihat sendiri pembangunan serta perancangan yang dibuat kerajaan negeri.

Menurutnya, pengunjung terutama golongan muda juga berpeluang berkongsi idea serta cadangan mereka tentang pembangunan yang dimahukan untuk kemajuan Kedah pada masa depan di kluster-kluster tertentu.

“Penganjuran ekspo ini merupakan kesempatan buat kita (kerajaan BN) untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa banyak perkara yang dituduh tidak betul (soal pembangunan dan kemajuan di Kedah)... tular perkara yang mengelirukan.

“Jadi, kita mahu rakyat Kedah khususnya datang ke ekspo ini untuk melihat pembangunan yang dilaksanakan dan perancangan kerajaan negeri pimpinan BN,” katanya selepas Majlis Pra Pelancaran dan Pameran Ekspo Muafakat Kedah di sini hari ini.

Ekspo yang diadakan di pekarangan Stadium Darul Aman, di sini itu dijangka dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi manakala perasmian penutup oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Ahmad Bashah memberitahu, ekspo terbesar yang julung kali diadakan itu terbahagi kepada 20 kluster seperti Kluster Pameran Diraja, Barakah Kedah, Suara Hati Kedah, Generasi Muda, Kedah Islami dan Kedah Digital dengan penglibatan 199 agensi dan jabatan, 15 acara utama dan 119 acara sampingan.


“Peluang pekerjaan juga ditawarkan kepada golongan muda serta 6,000 rumah dijual pada harga berpatutan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ekspo-muafakat-pamer-pembangunan-kedah-1.609316#ixzz585RA6UhH

© Utusan Melayu (M) Bhd

Ekspo Muafakat pamer pembangunan Kedah

MENTERI Besar Ahmad Bashah Md Hanipah diberi taklimat oleh Pengarah Bahagian Industri Padi Mada Kamarudin Daluli semasa meninjau kerja kerja deraf persiapan bagi Expo Muafakat di Wisma Darul Aman di sini , hari ini.


Kembali ke berita utama

Ekspo Muafakat Kedah Tarik Ramai Pengunjung

Sabtu, 24 Februari 2018 | 3:35pm

ALOR SETAR: Ekspo Muafakat Kedah 2018 membuka tirai penuh meriah hari ini dengan menampilkan 20 kluster disertai 199 jabatan serta agensi Kerajaan Pusat dan negeri, selain sektor swasta.

Ekspo julung kali itu mengetengahkan pencapaian kerajaan negeri dan perancangan untuk seluruh rakyat Kedah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari hingga 3 Mac depan, program dirancang untuk memenuhi keperluan dan aspirasi segenap lapisan masyarakat.

Ekspo itu menjadi medium terbaik untuk rakyat mendapatkan perkhidmatan kerajaan, anak muda menterjemahkan aspirasi, dan masyarakat memberi pandangan mengenai pembangunan negeri.


Setiap kluster berkenaan mendekatkan semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama di Kedah untuk berada di bawah satu bumbung.


Dijangka menarik kehadiran lebih 500,000 pengunjung, ekspo lapan hari itu adalah yang terbesar dan paling lama dianjurkan dalam sejarah negeri ini.

Antara kluster terbabit ialah Pameran Diraja, Barakah Kedah, Suara Hati, Generasi Muda Pemimpin Negara, Kedah Harmoni, Eko Kedah, Kedah Islami, Bakat Kedah, Kedah Aman, Rangkaian Kedah, Kedah Berdaya Huni, Digital Kedah, Kedah Holistic, Kewangan, Agro Kedah, Kedah Bizz, Warisan dan Pelancongan, Pameran Perkhidmatan, Pameran Daerah serta 'Petting Zoo'.

Ekspo Muafakat Kedah 2018 juga mencatat sejarah tersendiri apabila sebuah rumah ditawarkan sebagai hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung, di samping pelbagai hadiah menarik lain seperti kereta dan motosikal.

Pegawai dari Bank Negara Malaysia dan institusi kewangan juga mengambil bahagian untuk memudah cara pengunjung yang mencari rumah idaman mereka.

Tidak ketinggalan ditampilkan usahawan pelbagai bidang seperti trak makanan dan juadah popular Kedah, sekali gus membuka ruang golongan tempatan itu mempromosikan produk serta perkhidmatan mereka.

Ekspo juga akan dimeriahkan dengan kehadiran Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sheikh Mustapha dan tokoh usahawan serta selebriti popular seperti Fattah Amin, Fizo Omar, Rozita Che Wan serta Janna Nick.




PENGUNJUNG membaca tulisan luahan hati rakyat Kedah yang dilekatkan di gerai pameran BARAKAH pada Ekspo Muafakat Kedah. - Foto Sharul Hafiz Zam