Inisiatif MyID Di LBNK

Pengenalan

Kad Pengenalan merupakan dokumen pengenalan diri bagi seseorang warganegara Malaysia. Nombor Kad Pengenalan merupakan nombor pengenalan diri yang unik bagi setiap warganegara dan merupakan maklumat penting yang diperoleh dan disimpan oleh agensi apabila seseorang warganegara sebagai individu berurusan dengan agensi Kerajaan.  


Sebagai usaha untuk terus mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan dan selaras dengan konsep “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia,  telah memperkenalkan inisiatif yang dikenali sebagai MyID, dimana, nombor Kad Pengenalan dijadikan sebagai nombor rujukan tunggal bagi warganegara Malaysia. Objektif utama inisiatif ini adalah untuk memudahkan warganegara berurusan dengan pelbagai agensi Kerajaan.

Inisiatif MyID Di LBNK


Berikut adalah perkhidmatan LBNK yang telah menggunakan nombor MyKad sebagai rujukan tunggal:


  1. Urusan Di Kaunter LBNK seperti


  1. Urusan Berkaitan Unit Kutipan Balik


  1. Urusan Berkaitan Urusan Pinjaman Pelajaran


  1. Urusan Melalui Laman Web




Apa itu MyID?


MyID adalah satu inisiatif yang menggunakan nombor Kad Pengenalan sebagai nombor rujukan tunggal untuk warganegara Malaysia berurusan sebagai individu dengan agensi Kerajaan.