Tawaran Pinjaman Pelajaran Sesi 2019/2020

Tarikh Permohonan

:

15 Ogos 2019 ( 8.00 Pagi )

Tarikh Tutup

:

15 September 2019 ( 5.00 Petang )

Tarikh Iklan Akhbar

:

 09 Ogos 2019

Tarikh Iklan Dan Paparan

Dalam Portal

:

14 Ogos 2019

 * Tarikh dan maklumat di atas bergantung kepada perubahan.



KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN SESI 2019/2020



PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA ANAK-ANAK NEGERI KEDAH DARUL AMAN YANG TELAH DITAWARKAN MENGIKUTI PENGAJIAN SEPENUH MASA DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN UNTUK DIPERTIMBANGKAN PINJAMAN PELAJARAN LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH BAGI PERINGKAT-PERINGKAT SEPERTI BERIKUT:-


Ijazah Pertama/Diploma di Universiti Awam Tempatan dan


Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST), Terengganu Advance Technical Institute (TATI), Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia dan Universiti Industri Selangor (UNISEL).


Sijil/Diploma di Politeknik seluruh Malaysia dan Kolej Komuniti Cawangan Negeri Kedah Darul Aman sahaja.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN


1.  Calon-calon mestilah terdiri daripada Anak Negeri Kedah Darul Aman iaitu:-

Calon dilahirkan di Negeri Kedah Darul Aman

Salah seorang daripada Ibu/Bapa lahir di Negeri Kedah Darul Aman

2.  Telah mendapat tawaran belajar SECARA SEPENUH MASA.

3.  Pusat pengajian DI DALAM NEGARA SAHAJA.

4. Tidak menerima Pinjaman Pelajaran/Biasiswa/Penganjur dari mana-mana badan penajaan yang lain.

 


CARA-CARA MEMOHON


Permohonan bolehlah dibuat secara atas talian melalui laman sesawang: www.lbnk.gov.my mulai 15 Ogos 2019 hingga 15 September 2019.


PERINGATAN


1. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan perkara ini adalah muktamad.

2.  Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas Tiga (3) Bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah hubungi

Unit Pinjaman Pelajaran

di talian 04-774 4718/4451 atau Kaunter UTC-LBNK di talian 04-736 0048.



Emel: pinjaman@lbnk.gov.my


TARIKH TUTUP PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN

ADALAH PADA 15 SEPTEMBER 2019

IKLAN TAWARAN PINJAMAN SESI 2019
Web Counter
Pinjaman Sesi 2019 Kini Dibuka. Klik Sini Untuk Memohon