Soalan Lazim Unit Kutipan Balik


Soalan - Soalan Lazim Berkaitan Unit Kutipan Balik- FAQ




1

Soalan :

Adakah pinjaman LBNK merupakan pinjaman boleh ubah?

Jawapan :

Tidak, pinjaman LBNK adalah pinjaman tidak boleh ubah. Pelajar harus membayar kesemua pinjaman bersekali dengan caj perkhidmatan 2% atas baki pokok berkurangan.


2

Kadar Caj Perkhidmatan

Soalan :

Adakah pinjaman yang ditawarkan oleh LBNK dikenakan kadar faedah tertentu?

Jawapan :

Semua pinjaman pendidikan LBNK akan dikenakan kos pentadbiran sebanyak 2% setahun ke atas baki berkurangan.


3

Caj Perkhidmatan 2%?

Soalan :

Apakah yang dimaksudkan dengan 2% atas baki berkurangan?


Jawapan :

Kos pentadbiran 2% setahun akan hanya dikenakan ke atas baki pokok pinjaman, bukannya jumlah keseluruhan pinjaman.


4

Pelajar Gagal Meneruskan Pengajian

Soalan :

Sekiranya pelajar gagal / menangguh / mengulang dalam tempoh pengajian, apakah tindakan yang akan diambil oleh LBNK?

Jawapan :

Sekiranya pelajar gagal dalam pelajaran dan tidak sempat menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan, pembayaran untuk semesternya akan diberhentikan dan pelajar dianggap sebagai telah tamat pengajian. Pelajar tersebut dikehendaki membayar keseluruhan jumlah pinjaman yang telah dikeluarkan oleh LBNK kepadanya termasuk 2% kos pentadbiran. Tetapi, sekiranya pelajar tersebut terpaksa mengulang atau menangguhkan pengajian atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan dan telah mendapat kelulusan IPT, pelajar mestilah membuat permohonan secara bertulis kepada LBNK melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT yang berkenaan untuk menangguhkan pembayaran dan menyambung semula pinjaman. Pertimbangan adalah tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengurusan LBNK.


5

Pembayaran Tidak Mengikut Jadual

Soalan :

Sekiranya pelajar tak ingin mengikut jadual bayaran balik pinjaman, dan ingin membayar lebih atau kurang daripada jumlah wang yang sepatutnya, adakah ia dibenarkan?

Jawapan :

LBNK boleh membenarkan pelajar berbuat demikian tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengurusan LBNK. Walau bagaimanapun, jumlah ansuran bulanan mestilah dalam kadar yang tetap. Oleh yang demikian, penjadualan semula pembayaran balik bagi pinjaman akan dilakukan oleh LBNK.